Latar Belakang Organisasi



  Salam keceriaan untuk semua pengunjung di luar sana,
           Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat ilahi,pada tahun 2009 lahirlah Butik Pengantin Nini Azwani yang kini beroperasi sepenuhnya di Jalan Delima,Bandar Jengka Pahang.Sebelum ini ia di kenali Butik Busana Anggun yang bertempat di Kota Bahru. Kini Butik di Kota Bahru merupakan cawangan induk Butik kami. Butik kami juga mempunyai lagi cawangan-cawangan yang beroperasi di Pantai  Timur iaitu Kelantan,Pahang, dan Terengganu

            Bukan hanya sekadar pembaharuan pada nama butik sahaja, tetapi pembaharuan juga dibuat pada kesemua koleksi busana, aksesori serta pelamin yang terdapat di Butik Pengantin Nini Azwani. Pembaharuan dibuat selaras dengan kematangan serta pengalaman yang kami miliki. Segala pembaharuan dibuat atas dasar keinginan pemilik butik dalam meningkatkan kualiti serta memberi koleksi yang terkini kepada pelanggan-pelanggan.
             
             Butik Pengantin kami menyediakan koleksi pakaian yang terkini iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Butik Pengantin kami juga menyediakan perkhidmatan dari segi pelamin, jurusolek, fotografi,gubahan hantaran dan sebagainya. Pengusaha awal bagi menjayakan butik ini bermula dari bekas pelajar  lepasan Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan di UCSA.

            Sememangnya Butik Pengantin Nini azwani pasti memberikan yang terbaik buat bakal-bakal pengantin. Jadikan kami pilihan anda!! Temui kami untuk mendapatkan khidmat rundingan sebelum majlis anda berlangsung,  disarankan seawal yang mungkin bagi melancarkan setiap detik majlis anda.


No comments:

Post a Comment